Kaduk, Ayam dan
Raja merupakan cerpen yang dihasilkan oleh Zurinah Hassan. Cerpen Kaduk, Ayam
dan Raja mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hakim yangberjuang dan berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya
semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam pertandingan ayam suatu
ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu
suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya telah
kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak
kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah
miliknya. Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan. Hakim yang
merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam
seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas
empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan
mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya
hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada
Hakim. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam
secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam
kerana dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa
mengimport bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah
terbiar yang sangat banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk
membantu negara bagi menyediakan bahan makanan kepada rakyat. Kesungguhannya
terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu
ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan hasil
bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman
tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem
penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah
kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan
syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik
mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat
karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa
dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya
yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan
penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima
ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang
diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat
RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk
membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan
sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak
yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula
berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh
Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga
hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti
nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa. Bagi Hakim,
keadaan ini tidak ubah seperti kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk
merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya juga
akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank atau hutang RAJA.
Berdasarkan tentang
kisah cerpen ini yang ditulis oleh Zurinah Hassan ini, dapat saya simpulkan bahawa kita hendaklah berani menegakkan keadilan walau apa jua cabaran dan halangan yang mendatang. keberanian sewajarnya dimiliki oleh semua golongan khususnya anak muda yang menjadi tunjang pembangunan bangsa dan pemimpin yang akan datang. jika keadilan tidak berani ditegakkan, sampai bila mahu tertindas dan ditindas. sama juga dalam watak yang ditunjukkan oleh Hakim, dia berani memperjuangkan haknya untuk mendapatkan tanah milik datuknya yang telah dirampas oleh Raja. oleh sebab semangat keberaniannya menegak yang benar, Hakim berjaya mendapatkan haknya.
Di samping itu, bagi saya cerpen ini sangat sesuai dibaca oleh anak-anak muda kerana banyak nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi. Lebih-lebih lagi watak-watak dan jalan cerita yang ditunjukkan seolah-olah saling berkaitan dengan kehidupan semasa di dunia ini. Jadi, cerpen ini memang sesuaidijadikan bahan bacaan ilmiah di sekolah-sekolah kerana isi kandungannya banyak memberi impak positif kepada pembaca.
Di samping itu, bagi saya cerpen ini sangat sesuai dibaca oleh anak-anak muda kerana banyak nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi. Lebih-lebih lagi watak-watak dan jalan cerita yang ditunjukkan seolah-olah saling berkaitan dengan kehidupan semasa di dunia ini. Jadi, cerpen ini memang sesuaidijadikan bahan bacaan ilmiah di sekolah-sekolah kerana isi kandungannya banyak memberi impak positif kepada pembaca.
Akhir sekali,
dapat saya rumuskan bahawa cerpen Kaduk, Ayam dan Raja ini merupakan satu
penulisan yang bagus untuk dibaca kerana banyak mempamerkan tentang nilai-nilai
murni, pengajaran dan bersesuaian dengan reality kehidupan. Jalan cerita yang
sangat menarik dan mengandungi mesej yang sangat berguna untuk disampaikan. Saya
harap agar penulis-penulis di luar sana teruskan menghasilkan lebih banyak
karya sebegini khususnya buat Zurinah Hassan, semoga berjaya dalam bidang
penulisan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Hakim
Ayah Hakim bernama
Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. Hakim merupakan seorang yang terpelajar,
iaitu lulusan sebuah universiti. Hakim ingin mendapatkan semula haknya iaitu
tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. Dengan ilimu
yang ada dan menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik
datuknya. akhirnya dia Berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan
Azam. Hakim bercita-cita tinggi yang ingin menjalankan projek penternakan ayam
secara moden. Hakim juga seorang yang yang berani kerana telah menyahut seruan
kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian. oleh
itu, Hakim menandatangani kontrak dengan Syarikat Chicken Global ataupun Raja.
namun, Hakim dihimpit maalah hutang apabila syarikat besar memonopoli
perniagaan dan pihak bank menuntut hutang. Kekesalan mula timbul apabila dia
menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara. Dia
juga menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu
Kaduk.
Azam
Azam merupakan sahabat
baik Hakim yang juga merupakan lulusan jurusan undang-undang. Azam sangat bijak
dan petah berhujah. dengan itu, dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan
tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah. di samping itu, Azam juga sangat
baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim serta dia bersimpati
terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.
Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/Raja
Sebuah syarikat besar yang menandatangani
kontrak dengan Hakim. Syarikat ini juga menyediakan keperluan membekalkan anak
ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan yang lain. Di samping itu, syarikat
ini turut mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan
pelbagai caj yang tinggi kepada petani kecil
TEMA –
1. Pada dasarnya, projek
penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang
mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. Namun, banyak cabaran
yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak
menindas dan mengaut keuntungan.
PERSOALAN
1.
Hakim
menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.
2.
Hakim
terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga
barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
3.
Hakim
telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk
mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.
4.
Hakim
berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati
penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang
pertanian.
5.
Hakim
berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja
tanpa kerelaan.
LATAR
Latar Tempat
1. Sebuah
kampung. Latar tempat berlakunya perisitwa dalam cerpen ini adalah di
sebuah kampung.
2. Tanah
kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3. Sebuah
kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4. Mahkamah. Hakim
memenangi kes tuntuan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ.
Latar Masa
1. Zaman
silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat
menyabung ayam.
2. Zaman moden. Hakim
cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3. Waktu kerjaan
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.
Latar Masyarakat
1.
tanah
Kaduk dirampas hasil penipuan raja.
2.
Hakim
membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja
semula.
3.
Azam
merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali
hak-haknya melalui proses perundangan mahkamah.
4.
Hakim
membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya,
iaitu Kaduk.
5.
Pemimpin
kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.
6.
Syarikat
RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka menikmati
keuntungan terhadap petani-petani kecil.
7.
Hakim
dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.
NILAI
1.
Nilai kegigihan
seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara
moden.
2.
Nilai
tekad Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu
melalui proses mahkamah.
3.
Nilai
Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa
menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.
4.
Nilai
tidak mudah putus asa iaitu Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah
datuknya yang tercalar.
5.
Nilai
bijaksana Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu
Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.
PENGAJARAN
1.
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan hak keluarganya yang telagh dirampas oleh raja.
2. Hakim tidak
mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada
bank.
3. Hakim menunaikan
tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.
4. Hakim menggunakan saluran
undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas
oleh raja.
5. Azam membantu Hakim
mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah.