Wednesday, 25 October 2017

DI TITIAN KEMERDEKAAN

                                       
                                              DI TITIAN KEMERDEKAAN ~ DHARMAWIJAYA








Telah datang angin kemerdekaan
Melambai tanah air berlagu sentosa
Telah gemilang sumpah kerelaan
Membelai bangsa sepanjang usia.

Setiap menjelang kemerdekaan ini
Bergemalah hati anak peribumi ini
Sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
Keramat bangsa menentang keagungan.

Kemerdekaan!!!
Di sini bumi beningmu dipijak
Di sini langit jernihmu dijunjung
Cinta kasih tiadakan retak
Meski debar sengketa melanda jantung.

Tanah air bercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cinta
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.




Ulasan
Sajak “Di Titian Kemerdekaan” merupakan sajak ciptaan Dharmawijaya. Sajak tersebut ditulis bagi mengenang jasa pejuang-pejuang negara yang telah berjuang demi keamanan negara dan demi mencapai kemerdekaan. Sajak tersebut memberi kesan kepada para pembaca terutama individu yang meminati karya sastera terutama sajak. Berikut merupakan maksud sajak, tema dan persoalan sajak.

Maksud Rangkap

RANGKAP 1
Semangat sambutan hari kemerdekaan mula dirasai oleh setiap warganegara yang cintakan tanah air. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil dari perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara dan mencapai kemerdekaan. Hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan.

RANGKAP 2
Menjelangnya sambutan hari kemerdekaan, semangatnya mula dirasai oleh setiap warganegara Malaysia. Kemerdekaan yang dicapai telah membolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang tenang, aman dan selesa. Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang negara yang menentang penjajah.

RANGKAP 3
Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara tentang erti kesetiaan dan ketaatan kepada negara tercinta tanpa berbelah bahagi. Meskipun, sering diancam dengan perselisihan faham yang boleh menggugat keamanan negara. Semangat nasionalisme yang tidak pernah luntur dalam diri setiap warganegara.

RANGKAP 4
Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi pada negara. Hal ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih dan seharusnya generasi muda hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menjamin maruah negara yang tercinta.

TEMA 
Tema untuk sajak ini ialah semangat nasionalisme. Semangat nasionalisme merupakan semangat cintakan negara. Semangat cintakan negara akan lebih membara apabila menjelangnya hari kemerdekaan. Semangat cintakan negara sangat penting dalam memastikan setiap individu sentiasa memahami dan menghargai jasa pejuang yang berjuang demi negara.

PERSOALAN
1. Menghargai jasa para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan.
2. Berjuang demi menentang penjajah.
3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai.
4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

SUMBER : https://www.scribd.com/doc/106696665/Sajak-Di-Titian-Kemerdekaan-Dharmawijaya

7 comments:

  1. anda menerangkan maksud dan tema sajak ini dengan begitu cemerlang dan anda memudahkan orang lain memahami maksud yang tersirat disebalik sajak dramawijaya. saya ucapkan tahniah kepada anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Sajak-sajak yang bersifat nasionalisme ini perlu diketengahkan agar ianya tidak hanya berkumandang tika hari "kemerdekaan" sahaja. Moga pengertian bagi setiap rangkap sajak ini mampu memudahkan penggemar sajak untuk memahami maksud tersiratnya. Syabas saya ucapkan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudari. Dengan adanya maksud jelas yang dikemukakan saudari, saya mampu memahaminya dengan lebih mudah. Sekali lagi terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana atas pandangan yang diberi.

      Delete
  4. blog yg bgus... perkongsian yg baik, blh dijadikn rujukan. Ia amat sesuai di kongsi dlm lamn sosial utk mengelakkan nilai2 bercirikn sastera luput ditelan zaman.

    ReplyDelete