PENGORBANAN SEORANG AYAH
Kamu bagai semut bekerja keras,
Kamu bagai lebah mencari madu,
Kamu inginkan aku,
Bagai rama-rama berterbang kebebasan,
Tanpa kesukaran, tanpa kesukaran.
Janganlah degil, ikut perintah,
Itulah kata-katamu ayah,
Kamu berkorban demi anakmu,
Kamu bersusah payah demi anakmu,
Kamu mencari nafkah yang halal,
Semuanya untuk keselesaanku.
Mengetepikan perkara yang nahi,
Mengetepikan dunia bermukah,
Mengetepikan dunia kebebasan,
Pesanan ayah sentiasa diingati,
Tidak terlepas dari ingatanku.
Aku menghargai segala pengorbananmu,
Akan ku balas jasamu yang indah itu,
Janji manisku padamu.
ULASAN
Sajak " Pengorbanan Seorang Ayah " nukilan seorang blogger iaitu Aslina Binti Mohammad berkisarkan mengenai pengorbanan dan jasa-jasa seorang ayah kepada anaknya yang sedang dewasa.
RANGKAP PERTAMA
Seorang ayah yang sanggup bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada anakanya dari pelbagai aspek gar dapat hidup dengan selesa dan tidak terbeban dengan kemiskinan.
RANGKAP KEDUA
Si ayah berpesan kepada anaknya agar patuh segala perintahnya dan tidak bersikap keras kepala. Si ayah sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal dan semata-mata untuk keselesaan anakanya maka turutlah kata-katanya.
RANGKAP KETIGA
Si ayah berpesan agar anaknya tidak lalai akan duniawi yang penuh dengan cabaran dan tidak melakukan perkara yang melanggar syariat. Si anak akan sentiasa mengingati pesanan tersebut.
RANGKAP KEEMPAT
Si anak berjanji akan membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan si ayahnya. Anaknya juga akan selalu menghargai pengorbanan ayahnya itu.
suatu ulasan yang cukup menarik dan dapat memberikan keinsafan kepada pembaca.. :)
ReplyDeleteSajak yang mendalam dan bagus
ReplyDeleteSajak yang menarik dan ulasan yang ringkas lagi mudah difahami
ReplyDelete