Ulasan
cerpen “Ibu Maafkan Aku”
Cerpen “Ibu Maafkan Aku” merupakan hasil nukilan Nurhidayah Johari. Cerpen ini mengisahkan tentang Imah binti Abdul
Rahman seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Dania dan
Adam. Dia telah kematian suaminya 20 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan
raya. Ujian demi ujian datang menimpa hidup Imah selepas kematian suaminya. Dia
membesarkan dua orang anaknya dengan kudratnya sendiri tanpa bantuan dari
sesiapa.
Konflik dalam cerpen berlaku apabila anak
lelaki sulung dan anak perempuannya sudah tidak mahu mendengar cakap Imah. Si
abang, cakap lah apa sekali pun pasti ada sahaja tengkingan dibalasnya. Mana
silapnya Imah juga tidak tahu. Si adik pula sejak belajar di luar negara tidak
pernah kembali untuk menjenguk Imah, bahkan hidupnya kini bertunjangkan sosial
dek kerana pengaruh sosialnya yang besar di negara barat itu. Dulu semasa di Malaysia, dia dikenali sebagai
pelajar contoh. Sejuk perut ibunya yang telah berpenat lelah mengandung dan
melahirkannya. Namun sebaik sahaja tiba di UK dan mengenali jejaka yang bernama
Matthew, dia semakin berubah. Apa yang paling ketara ialah tiada lagi
tudung litup menutupi auratnya yang satu
itu. Sudah menjadi lumrah apabila hidup di negara orang. Yang tinggi akhlaknya
juga bisa tersungkur jika tidak pandai menguruskan iman dengan baik.
Pada suatu hari, Dania ingin melayari
internet untuk membaca berita-berita yang dipaparkan oleh “The Star Online”.
Satu tajuk berita “Hit and Run Accident: One old woman killed diklik oleh
Dania. Dia terkejut apabila mendapati bahawa mangsa langgar lari tersebut
merupakan ibunya sendiri. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Dia menyesal akan
perbuatannya yang telah melupakan ibunya. Hanya ungkapan “Ibu Maafkan Aku”
sahaja yang terungkap.
Pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis
melalui cerpennya ialah kita sebagai seorang anak seharusnya menghargai ibu
bapa kita selagi mereka masih ada. Mereka lah yang telah
membesarkan,mendidik,mengorbankan segala-galanya hanya untuk melihat kita
merasa senang. Mereka semahu-mahunya tidak mahu anak-anak mereka merasai apa
yang mereka telah rasai. Selain itu, janganlah kita sesekali cuba derhaka
dengan ibu bapa kita kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan
kita. Hargailah mereka sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment