WARKAH GENERASI MUDA
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami
jangan biarkan akar sejarah tercabut
dari bumi bertuah ini.
RANGKAP PERTAMA
penyajak menerangkan bahawa generasi sekarang beruntung kerana lahir pada zaman sekarang. generasi muda ini hidup dalam keadaan aman dan sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang bebas daripada penjajah.
RANGKAP KEDUA
penyajak mengingatkan generasi muda bahawa negara yang didiaminya sekarang ini adalah hasil daripada perjuangan dan jasa daripada pejuang terdahulu yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah. penyajak juga memberi pesanan agar generasi kini tidak melupakan sejarah negara.
Pada Pendapat saya, penulisan sajak yang bertemakan patriotisme dan nasionalisme ini amat menarik. Kerana seperti kita sedia maklum, generasi muda kini kian alpa dan lupa akan Sejarah Kita dahulu kala. Jika tiada penulisan sebegini yang mampu mengingatkan asal usul kita, barangkali peristiwa sejarah akan berulang kembali. huhu :)
ReplyDelete