Saturday, 2 December 2017

ULASAN CERPEN : Kaduk, Ayam dan Raja



Kaduk, Ayam dan Raja merupakan cerpen yang dihasilkan oleh Zurinah Hassan. Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hakim yangberjuang dan  berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam pertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya telah kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah miliknya. Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan. Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam kerana dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa mengimport bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang sangat banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara bagi menyediakan bahan makanan kepada rakyat. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
 Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.  Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank atau hutang RAJA.

Berdasarkan tentang kisah cerpen ini yang ditulis oleh Zurinah Hassan ini, dapat saya simpulkan bahawa kita hendaklah berani menegakkan keadilan walau apa jua cabaran dan halangan yang mendatang. keberanian sewajarnya dimiliki oleh semua golongan khususnya anak muda yang menjadi tunjang pembangunan bangsa dan pemimpin yang akan datang. jika keadilan tidak berani ditegakkan, sampai bila mahu tertindas dan ditindas. sama juga dalam watak yang ditunjukkan oleh Hakim, dia berani memperjuangkan haknya untuk mendapatkan tanah milik datuknya yang telah dirampas oleh Raja. oleh sebab semangat keberaniannya menegak yang benar, Hakim berjaya mendapatkan haknya.

Di samping itu, bagi saya cerpen ini sangat sesuai dibaca oleh anak-anak muda kerana banyak nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi. Lebih-lebih lagi watak-watak dan jalan cerita yang ditunjukkan seolah-olah saling berkaitan dengan kehidupan semasa di dunia ini. Jadi, cerpen ini memang sesuaidijadikan bahan bacaan ilmiah di sekolah-sekolah kerana isi kandungannya banyak memberi impak positif kepada pembaca.

Akhir sekali, dapat saya rumuskan bahawa cerpen Kaduk, Ayam dan Raja ini merupakan satu penulisan yang bagus untuk dibaca kerana banyak mempamerkan tentang nilai-nilai murni, pengajaran dan bersesuaian dengan reality kehidupan. Jalan cerita yang sangat menarik dan mengandungi mesej yang sangat berguna untuk disampaikan. Saya harap agar penulis-penulis di luar sana teruskan menghasilkan lebih banyak karya sebegini khususnya buat Zurinah Hassan, semoga berjaya dalam bidang penulisan. 




WATAK DAN PERWATAKAN

Hakim

Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. Hakim merupakan seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti. Hakim ingin mendapatkan semula haknya iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu. Dengan ilimu yang ada dan menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. akhirnya dia Berjaya mendapatkan tanah itu semula dengan bantuan Azam. Hakim bercita-cita tinggi yang ingin menjalankan projek penternakan ayam secara moden. Hakim juga seorang yang yang berani kerana telah menyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian. oleh itu, Hakim menandatangani kontrak dengan Syarikat Chicken Global ataupun Raja. namun, Hakim dihimpit maalah hutang apabila syarikat besar memonopoli perniagaan dan pihak bank menuntut hutang. Kekesalan mula timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar yang menguasai ekonomi negara. Dia juga menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu Kaduk.

Azam

Azam merupakan sahabat baik Hakim yang juga merupakan lulusan jurusan undang-undang. Azam sangat bijak dan petah berhujah. dengan itu, dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah. di samping itu, Azam juga sangat baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepada Hakim serta dia bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.
           
Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/Raja

Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim. Syarikat ini juga menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan yang lain. Di samping itu, syarikat ini turut mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj yang tinggi kepada petani kecil



TEMA –
1.     Pada dasarnya, projek penternakan itu tampak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan.

PERSOALAN
1.      Hakim menjadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.
2.      Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.
3.      Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.
4.      Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.
5.      Hakim berusaha untuk membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.

LATAR

Latar Tempat

1.      Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya perisitwa dalam cerpen ini adalah di sebuah kampung.
2.      Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar.
3.      Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.
4.      Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntuan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ.

Latar Masa

1.      Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam.
2.      Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.
3.      Waktu kerjaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.







Latar Masyarakat
1.      tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.
2.      Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja semula.
3.      Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali hak-haknya melalui proses perundangan mahkamah.
4.      Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, iaitu Kaduk.
5.      Pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya.
6.      Syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi membolehkan mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.
7.      Hakim dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.

NILAI

1.      Nilai kegigihan seorang anak muda lepasa universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.
2.      Nilai tekad Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.
3.      Nilai Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.
4.      Nilai tidak mudah putus asa iaitu Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.
5.      Nilai bijaksana Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan tanah yang menjadi haknya semula.

PENGAJARAN

1.       
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hak keluarganya yang telagh dirampas oleh raja. 
2.      Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank.
3.      Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.
4.      Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluarganya yang telah dirampas oleh raja.
5.      Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah.



Thursday, 23 November 2017

stop motion lagu anak tupai


TUGASAN MINGGUAN.

VIDEO INI MERUPAKAN VIDEO STOP MOTION YANG DILAKUKAN OLEH AHLI KUMPULAN KAMI.

Friday, 17 November 2017

WARKAH GENERASI MUDA

WARKAH GENERASI MUDA






Generasiku tercinta,

kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat  berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita


                                          Generasiku yang bijak bestari                   
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami
jangan biarkan akar sejarah tercabut 
dari bumi bertuah ini.


RANGKAP PERTAMA

penyajak menerangkan bahawa generasi sekarang beruntung kerana lahir pada zaman sekarang. generasi muda ini hidup dalam keadaan aman dan sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang bebas daripada penjajah.

RANGKAP KEDUA
penyajak mengingatkan generasi muda bahawa negara yang didiaminya sekarang ini adalah hasil daripada perjuangan dan jasa daripada pejuang terdahulu yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah. penyajak juga memberi pesanan agar generasi kini tidak melupakan sejarah negara.





Tuesday, 14 November 2017


Ulasan cerpen “Ibu Maafkan Aku”

  Cerpen “Ibu Maafkan Aku” merupakan hasil nukilan Nurhidayah Johari. Cerpen ini mengisahkan tentang Imah binti Abdul Rahman seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Dania dan Adam. Dia telah kematian suaminya 20 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ujian demi ujian datang menimpa hidup Imah selepas kematian suaminya. Dia membesarkan dua orang anaknya dengan kudratnya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.
  Konflik dalam cerpen berlaku apabila anak lelaki sulung dan anak perempuannya sudah tidak mahu mendengar cakap Imah. Si abang, cakap lah apa sekali pun pasti ada sahaja tengkingan dibalasnya. Mana silapnya Imah juga tidak tahu. Si adik pula sejak belajar di luar negara tidak pernah kembali untuk menjenguk Imah, bahkan hidupnya kini bertunjangkan sosial dek kerana pengaruh sosialnya yang besar di negara barat itu.  Dulu semasa di Malaysia, dia dikenali sebagai pelajar contoh. Sejuk perut ibunya yang telah berpenat lelah mengandung dan melahirkannya. Namun sebaik sahaja tiba di UK dan mengenali jejaka yang bernama Matthew, dia semakin berubah. Apa yang paling ketara ialah tiada lagi tudung  litup menutupi auratnya yang satu itu. Sudah menjadi lumrah apabila hidup di negara orang. Yang tinggi akhlaknya juga bisa tersungkur jika tidak pandai menguruskan iman dengan baik.
   Pada suatu hari, Dania ingin melayari internet untuk membaca berita-berita yang dipaparkan oleh “The Star Online”. Satu tajuk berita “Hit and Run Accident: One old woman killed diklik oleh Dania. Dia terkejut apabila mendapati bahawa mangsa langgar lari tersebut merupakan ibunya sendiri. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Dia menyesal akan perbuatannya yang telah melupakan ibunya. Hanya ungkapan “Ibu Maafkan Aku” sahaja yang terungkap.
  Pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis melalui cerpennya ialah kita sebagai seorang anak seharusnya menghargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Mereka lah yang telah membesarkan,mendidik,mengorbankan segala-galanya hanya untuk melihat kita merasa senang. Mereka semahu-mahunya tidak mahu anak-anak mereka merasai apa yang mereka telah rasai. Selain itu, janganlah kita sesekali cuba derhaka dengan ibu bapa kita kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Hargailah mereka sebelum terlambat.




TAJUK: LAGU JOGET PAHANG

LABELS: TUGASAN MINGGUAN

PENGORBANAN SEORANG AYAH

PENGORBANAN SEORANG AYAH







     PENGORBANAN SEORANG AYAH



Kamu bagai semut bekerja keras,
Kamu bagai lebah mencari madu, 
Kamu inginkan aku, 
Bagai rama-rama berterbang kebebasan,
Tanpa kesukaran, tanpa kesukaran.

Janganlah degil, ikut perintah,
Itulah kata-katamu ayah,
Kamu berkorban demi anakmu,
Kamu bersusah payah demi anakmu,
Kamu mencari nafkah yang halal,
Semuanya untuk keselesaanku.

Mengetepikan perkara yang nahi, 
Mengetepikan dunia bermukah,                                   
Mengetepikan dunia kebebasan,
Pesanan ayah sentiasa diingati,
Tidak terlepas dari ingatanku.

Aku menghargai segala pengorbananmu,
Akan ku balas jasamu yang indah itu,
Janji manisku padamu.                                      



         


              


ULASAN

        Sajak " Pengorbanan Seorang Ayah " nukilan seorang      blogger  iaitu Aslina Binti  Mohammad berkisarkan mengenai pengorbanan dan jasa-jasa seorang ayah kepada anaknya yang sedang dewasa.


RANGKAP PERTAMA
Seorang ayah yang sanggup bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada anakanya dari pelbagai aspek gar dapat hidup dengan selesa dan tidak terbeban dengan kemiskinan.



RANGKAP KEDUA
Si ayah berpesan kepada anaknya agar patuh segala perintahnya dan tidak bersikap keras kepala. Si ayah sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal dan semata-mata untuk keselesaan anakanya maka turutlah kata-katanya.

RANGKAP KETIGA
Si ayah berpesan agar anaknya tidak lalai akan duniawi yang penuh dengan cabaran dan tidak melakukan perkara yang melanggar syariat. Si anak akan sentiasa mengingati pesanan tersebut.

RANGKAP KEEMPAT
Si anak berjanji akan membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan si ayahnya. Anaknya juga akan selalu menghargai pengorbanan ayahnya itu.






Monday, 13 November 2017

SYAIR PESAN IBU

SYAIR PESAN IBU





Dengarlah anak ibu berpesan,                  
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.  
       
Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.



MAKSUD RANGKAP SYAIR

RANGKAP PERTAMA
Rangkap ini menunjukkan keprihatinan seorang ibu terhadap anaknya. Seorang ibu menasihati anaknya untuk mencari ilmu sebagai persiapan untuk masa depan yang baik.

RANGKAP KEDUA
Penyair menekankan kepentingan ilmu yang sangat bernilai. Ilmu diumpamakan sebagai perisai hidup yang menjadi pelindung daripada segala ancaman.

RANGKAP KETIGA
Penyair menyatakan kehidupan sewaktu remaja amatlah bernilai. Golongan remaja harus menjaga diri supaya tidak terjebak dengan sesuatu yang boleh merosakkan masa depan mereka.
RANGKAP KEEMPAT
Rangkap ini mengajar kita untuk sentiasa tabah dan tenang apabila kehidupan kita sering dilanda masalah.

RANGKAP KELIMA
Rangkap ini memberi pengajaran kepada kita untuk tidak memilih jalan singkat dalam menyelesaikan sesuatu dengan mengambil najis dadah. Hal ini kerana jika sekali kita tersilap langkah, pasti kelak diri sendiri akan menyesal.

RANGKAP KEENAM
Penyair ingin memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya untuk menghargai masa. Setiap detik yang berlalu perlu dimanfaatkan supaya tidak menyesal kemudian hari

RANGKAP KETUJUH
Rangkap ini menggambarkan kita tentang dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Jika kita tidak kuat untuk menghadapinya, kemungkinan kita akan lemas dengan masalah yang dihadapi.

RANGKAP TERAKHIR
Penyair menasihatkan kita untuk sentiasa berusaha menjaga warisan yang diturunkan kepada kita supaya tidak jatuh ke tangan orang luar dengan mudah.

Sumber: http://fadatulnaim.blogspot.my/p/blog-page_5888.html