Thursday, 23 November 2017

stop motion lagu anak tupai


TUGASAN MINGGUAN.

VIDEO INI MERUPAKAN VIDEO STOP MOTION YANG DILAKUKAN OLEH AHLI KUMPULAN KAMI.

Friday, 17 November 2017

WARKAH GENERASI MUDA

WARKAH GENERASI MUDA






Generasiku tercinta,

kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat  berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita


                                          Generasiku yang bijak bestari                   
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami
jangan biarkan akar sejarah tercabut 
dari bumi bertuah ini.


RANGKAP PERTAMA

penyajak menerangkan bahawa generasi sekarang beruntung kerana lahir pada zaman sekarang. generasi muda ini hidup dalam keadaan aman dan sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang bebas daripada penjajah.

RANGKAP KEDUA
penyajak mengingatkan generasi muda bahawa negara yang didiaminya sekarang ini adalah hasil daripada perjuangan dan jasa daripada pejuang terdahulu yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak penjajah. penyajak juga memberi pesanan agar generasi kini tidak melupakan sejarah negara.





Tuesday, 14 November 2017


Ulasan cerpen “Ibu Maafkan Aku”

  Cerpen “Ibu Maafkan Aku” merupakan hasil nukilan Nurhidayah Johari. Cerpen ini mengisahkan tentang Imah binti Abdul Rahman seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya iaitu Dania dan Adam. Dia telah kematian suaminya 20 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Ujian demi ujian datang menimpa hidup Imah selepas kematian suaminya. Dia membesarkan dua orang anaknya dengan kudratnya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.
  Konflik dalam cerpen berlaku apabila anak lelaki sulung dan anak perempuannya sudah tidak mahu mendengar cakap Imah. Si abang, cakap lah apa sekali pun pasti ada sahaja tengkingan dibalasnya. Mana silapnya Imah juga tidak tahu. Si adik pula sejak belajar di luar negara tidak pernah kembali untuk menjenguk Imah, bahkan hidupnya kini bertunjangkan sosial dek kerana pengaruh sosialnya yang besar di negara barat itu.  Dulu semasa di Malaysia, dia dikenali sebagai pelajar contoh. Sejuk perut ibunya yang telah berpenat lelah mengandung dan melahirkannya. Namun sebaik sahaja tiba di UK dan mengenali jejaka yang bernama Matthew, dia semakin berubah. Apa yang paling ketara ialah tiada lagi tudung  litup menutupi auratnya yang satu itu. Sudah menjadi lumrah apabila hidup di negara orang. Yang tinggi akhlaknya juga bisa tersungkur jika tidak pandai menguruskan iman dengan baik.
   Pada suatu hari, Dania ingin melayari internet untuk membaca berita-berita yang dipaparkan oleh “The Star Online”. Satu tajuk berita “Hit and Run Accident: One old woman killed diklik oleh Dania. Dia terkejut apabila mendapati bahawa mangsa langgar lari tersebut merupakan ibunya sendiri. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Dia menyesal akan perbuatannya yang telah melupakan ibunya. Hanya ungkapan “Ibu Maafkan Aku” sahaja yang terungkap.
  Pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis melalui cerpennya ialah kita sebagai seorang anak seharusnya menghargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Mereka lah yang telah membesarkan,mendidik,mengorbankan segala-galanya hanya untuk melihat kita merasa senang. Mereka semahu-mahunya tidak mahu anak-anak mereka merasai apa yang mereka telah rasai. Selain itu, janganlah kita sesekali cuba derhaka dengan ibu bapa kita kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Hargailah mereka sebelum terlambat.




TAJUK: LAGU JOGET PAHANG

LABELS: TUGASAN MINGGUAN

PENGORBANAN SEORANG AYAH

PENGORBANAN SEORANG AYAH







     PENGORBANAN SEORANG AYAH



Kamu bagai semut bekerja keras,
Kamu bagai lebah mencari madu, 
Kamu inginkan aku, 
Bagai rama-rama berterbang kebebasan,
Tanpa kesukaran, tanpa kesukaran.

Janganlah degil, ikut perintah,
Itulah kata-katamu ayah,
Kamu berkorban demi anakmu,
Kamu bersusah payah demi anakmu,
Kamu mencari nafkah yang halal,
Semuanya untuk keselesaanku.

Mengetepikan perkara yang nahi, 
Mengetepikan dunia bermukah,                                   
Mengetepikan dunia kebebasan,
Pesanan ayah sentiasa diingati,
Tidak terlepas dari ingatanku.

Aku menghargai segala pengorbananmu,
Akan ku balas jasamu yang indah itu,
Janji manisku padamu.                                      



         


              


ULASAN

        Sajak " Pengorbanan Seorang Ayah " nukilan seorang      blogger  iaitu Aslina Binti  Mohammad berkisarkan mengenai pengorbanan dan jasa-jasa seorang ayah kepada anaknya yang sedang dewasa.


RANGKAP PERTAMA
Seorang ayah yang sanggup bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada anakanya dari pelbagai aspek gar dapat hidup dengan selesa dan tidak terbeban dengan kemiskinan.



RANGKAP KEDUA
Si ayah berpesan kepada anaknya agar patuh segala perintahnya dan tidak bersikap keras kepala. Si ayah sanggup bersusah payah untuk mencari rezeki yang halal dan semata-mata untuk keselesaan anakanya maka turutlah kata-katanya.

RANGKAP KETIGA
Si ayah berpesan agar anaknya tidak lalai akan duniawi yang penuh dengan cabaran dan tidak melakukan perkara yang melanggar syariat. Si anak akan sentiasa mengingati pesanan tersebut.

RANGKAP KEEMPAT
Si anak berjanji akan membalas segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan si ayahnya. Anaknya juga akan selalu menghargai pengorbanan ayahnya itu.






Monday, 13 November 2017

SYAIR PESAN IBU

SYAIR PESAN IBU





Dengarlah anak ibu berpesan,                  
Lengkapkan diri dengan pelajaran,
Hanya itulah jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.  
       
Ilmu itu pelindung diri,
Seperti kebun berpagar duri,
Seperti sinar intan baiduri,
Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,
Bagaikan permata amat berharga,
Jangan jatuh ke lembah hina,
Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,
Sering berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,
Jangan mengambil jalan mudah,
Jangan sekali mencuba dadah,
Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,
Perginya tidak akan berulang,
Di hari tua sesal mendatang,
Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,
Gelombang besar karangnya tajam,
Di situ banyak kapal tenggelam,
Ramailah insan yang telah karam.

Ingatlah wahai anakku sayang,
Tanah indah pusaka moyang,
Jangan terlepas ke tangan orang,
Sedangkan kita miskin terbuang.



MAKSUD RANGKAP SYAIR

RANGKAP PERTAMA
Rangkap ini menunjukkan keprihatinan seorang ibu terhadap anaknya. Seorang ibu menasihati anaknya untuk mencari ilmu sebagai persiapan untuk masa depan yang baik.

RANGKAP KEDUA
Penyair menekankan kepentingan ilmu yang sangat bernilai. Ilmu diumpamakan sebagai perisai hidup yang menjadi pelindung daripada segala ancaman.

RANGKAP KETIGA
Penyair menyatakan kehidupan sewaktu remaja amatlah bernilai. Golongan remaja harus menjaga diri supaya tidak terjebak dengan sesuatu yang boleh merosakkan masa depan mereka.
RANGKAP KEEMPAT
Rangkap ini mengajar kita untuk sentiasa tabah dan tenang apabila kehidupan kita sering dilanda masalah.

RANGKAP KELIMA
Rangkap ini memberi pengajaran kepada kita untuk tidak memilih jalan singkat dalam menyelesaikan sesuatu dengan mengambil najis dadah. Hal ini kerana jika sekali kita tersilap langkah, pasti kelak diri sendiri akan menyesal.

RANGKAP KEENAM
Penyair ingin memberi kesedaran kepada pembaca tentang pentingnya untuk menghargai masa. Setiap detik yang berlalu perlu dimanfaatkan supaya tidak menyesal kemudian hari

RANGKAP KETUJUH
Rangkap ini menggambarkan kita tentang dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Jika kita tidak kuat untuk menghadapinya, kemungkinan kita akan lemas dengan masalah yang dihadapi.

RANGKAP TERAKHIR
Penyair menasihatkan kita untuk sentiasa berusaha menjaga warisan yang diturunkan kepada kita supaya tidak jatuh ke tangan orang luar dengan mudah.

Sumber: http://fadatulnaim.blogspot.my/p/blog-page_5888.html